Sunday 6 November 2011

WAHAI PENCARI....

Wahai pencari...
Tanyakan pada hati,
Apa yang sebenarnya kau cari,
Tanyakan juga padanya,
Dimana carian mu itu tersembunyi,
Walau belum tentu di temu,
masih lagi mencari,
Walau jauh beribu batu,
masih lagi mendaki,
Buat dirimu wahai pencari,
yakinlah pada apa yang kau cari,
sandarkan cinta mu pada daya,
labuhkan layar mu pada cinta,
apa yang kau cari itu pasti akan kau jumpa,
yang tak kelihatan itu tak semestinya sedang bersembunyi,
yang tak kelihatan itu tak semestinya tidak menanti,
kerana mencari yang tidak nampak itulah sebenarnya pencarian,
mencari yang nampak itu sebenarnya hanyalah ujian,

Selangkah dirimu mencari,
seribu langkah kau sedang menghampiri,
jangan berhenti pada helah dan dunia,
kerana yang kau cari itu abadi,
yang kau lihat itu adalah fana,
jangan kau gentar pada sunyi,
kerana sunyi itu mengajarmu rindu pada yang dicari,
jangan kau peduli pada caci,
kerana caci juga menguatkan cinta mu pada yang dicari,

Wahai pencari,
Teruskan mencari kerana yang kau cari,
Sedang menanti,
dalam keadaan redha dan meredhai.....


No comments:

Post a Comment

Silaturrahim.....

Mari bersilaturrahim......