Friday 23 December 2011

BAGAIMANA CARANYA AGAR SELURUH AMAL BISA IKHLAS???

  • BERDOA
# hidayah berada di tangan ALLAH, sedangkan hati berada di antara dua jari dan jari2 AR-RAHMAN yang dia akan membolak-balikkan sekehendaknya. oleh itu, berlindunglah kepada zat yang ditangannya terdapat hidayah dan perlihatkanlah kepadanya seluruh keperluan serta kefakiran kita. disamping itu, mohonlah selalu kepadanya dengan disertai keikhlasan. dahulu UMAR BIN AL-KHATTAB R.A. sentiasa memperbanyakkan bacaan doa berikut:
maksudnya: " YA ALLAH, jadikanlah semua amalku menjadi amalan yang soleh dan jadikanlah ia ikhlas untuk mencari wajah mu, serta jangan engkau jadikan sedikit pun dari amalku untuk orang lain."



  • MENYEMBUNYIKAN AMALAN
setiap kali kita sering menyembunyikan amal yang diperintahkan/ditutupi, maka hal itu lebih bisa diharapkan untuk diterima dan lebih kuat dalam keikhlasan. seseorang yang keikhlasannya benar, akan senang menyembunyikan kebaikan2nya sebagaimana ia senang jika kejelekan2 ditutupi. hal ini berdasarkan sabda RASULULLAH SAW, 
MAKSUDNYA, : " tujuh orang yang dinaungi oleh ALLAH pada hari yang tis=ada naungan kecuali naungannya: imam yang adil, seorang pemuda yang tumbuh dalam keadaan sentiasa beribadah kepada ALLAH, seorang pemuda yang hatinya terikat dengan masjid, dua orang yang saling mencintai di jalan ALLAH; keduanya berkumpul dan berpisah kerana ALLAH, seorang pemuda yang diajak( berzina ) oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan lalu berkata, ' sesungguhnya aku ytakut kepada ALLAH ', seorang pemuda yang bersedekah dengan harta lalu menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan tangan kanannya, serta seorang pemuda yang mengingati ALLAH dalam keadaan sendirian lalu air matanya bercucuran deras."


BISYR BIN AL-HARITS berkata, " janganlah beramal agar dikenang, tapi sembunyikanlah kebaikan anda sebagaimana anda menyembunyikan kejelekkan."


solat yang dilakukan pada waktu malam "solat tahajjud", keberadaanya lebih diutamakan atas solat sunat yang lain. demikian pula dengan istigfar pada waktu sahur, keberadaanya juga lebih diutamakan atas waktu yang lain. pengutamaan perkara tersebut disebabkan keberadaannya akan lebih menghantarkan kepada perahsiaan amalan serta lebih dekat dengan keikhlasan.



  • MELIHAT AMALAN2 ORANG SOLEH YANG MELEBIHI AMALAN KITA.
dalam beramal soleh dan berlumba2 menuju kebaikan, janganlah kita melihat pada manusia yang lebih sedikit amalnya dari kita. akan tetapi, perhatikanlah agar selalu mencontohi para nabi dan orang2 soleh terdahulu. ALLAH SWT berfirman:
maksudnya, " mereka itulah orang2 yang telah diberi petunjuk oleh ALLAH, maka ikutlah petunjuk mereka....." (al-an'am:90).
bacalah selalu perjalanan hidup orang2 soleh dari kalangan ulama, ahli ibadah, orang2 mulia lagi cerdik, dan ahli zuhud. dengan hal itu, keimanan yang ada dihati diharapkan akan lebih bisa meningkat. 

  • MEMANDANG RENDAH AMALAN KITA.
bencana seorang hamba ialah keredhaannya terhadap dirinya sendiri. barang siapa melihat dirinya dengan pandangan keredhaan, bererti ia telah membinasakan dirinya. barang siapa yang memandang dirinya dengan mata nujub, bererti keikhlasannya sedikit atau sia2lah amal soleh yang baru dikerjakannya.

SA'ID BIN JUBAIR berkata, " ada seseorang yang masuk syurga kerana kemaksiatannya, dan ada pula yang masuk neraka kerana kebaikannya." maka ada seseorang bertanya, " bagaimana halitu bisa terjadi???" beliau menjawab, " seseorang telah mengerjakan kemaksiatan, lalu ia senantiasa takut dari azab ALLAH atas dosa tersebut. ia menemui ALLAH dan ALLAH pun mengampuni dosanya disebabkan rasa takutnya kepada dirinya. seseorang telah mengerjakan kebaikannya, lalu ia sentiasa bangga dengannya, hingga ia menemui ALLAH dengan amalnya itu dan ALLAH pun memasukkannya kedalam neraka."

  • TAKUT JIKA AMAL TIDAK DITERIMA.
setiap amal soleh yang kita kerjakan anggaplah kita tidak pernah mengerjakannya. disamping itu, jika kita telah mengerjakan sesuatu amal, takutlah jika amal tersebut tidak diterima. diantara doa para salaf ialah:
maksudnya: " ya ALLAH, kami sentiasa memohon pada mu amalan soleh dan penjagaan terhadapnya."

di antara bentuk penjagaan ialah: tidak bangga dan sombong dengannya, tetapi tetap merasa takut jika amalnya tidak diterima. ALLAH berfirman:
maksudnya: " dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai berai kembali, kamu menjadikan sumpah(perjanjian)mu sebagai alat penipu diantara mu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari golongan yang lain. sesungguhnya ALLAH hanya menguji kamu dengan hal itu. dan sesungguhnya di hari kiamat akan dijelaskannya kepadamu apa yang dahulu kamu perselisihkan." (an-nahl:92).

diriwayatkan oleh imam ahmad dan at-tirmizi, bahwasannya ummul mukminin, aisyah berkata, " wahai RASULULLAH, apakah yang dimaksudkan dalam ayat: maksudnya ' dan orang2 yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada rabb mereka.' (al mukminun :60) adalah orang yang mencuri, berzina dan minum khamer, serta ia takut kepada ALLAH AZZA WA JALLA?' RASULULLAH SAW menjawab: "bukan wahai puteri abu bakar as siddiq, tetapi mereka adalah orang2 yang mengerjakan solat, berpuasa, serta bersedekah, tetapi mereka takut akan amalan mereka tidak diterima'."

dalam menafsirkan firman ALLAH diatas, ibn katsir berkata, "maksudnya, mereka memberikan suatu pemberian, tetapi takut jika hal itu tidak diterima kerana kekuatiran mereka jangan2 mereka telah mengurangi dalam mengamalkan syarat dalam pemberian tersebut."

di dalam keikhlasan, diperlukan sekali kesungguhan sebelum beramal, saat beramal dan setelah beramal.

  • TIDAK TERPENGARUH DENGAN UCAPAN ORANG LAIN.
orang yang bahagia ialah orang yang tak terpengaruh dengan ujian orang lain. oleh kerana itu, apabila orang lain memujinya kerana telah mengerjakan ketaatan,  hal itu tak kan menambahkan pada dirinya kecuali sikap tawaduk  dan takut kepada ALLAH. selain itu, ia juga merasa yakin jika pujian manusia merupakan fitnah baginya sehingga ia berdoa kepada ALLAH agar menyelamatkan dari fitnah tersebut.

dalam masalah ini, tiada satupun yang bisa memberikan manfaat dan mudarat, kecuali hanya ALLAH. dengan demikian, ia menempatkan manusia lainnya laksana penghuni kubur kerana ketidak mampuannya dalam memberikan manfaat dan menolak mudarat yang akan menimpa dirinya

ibn jauzi berkata, "meninggalkan pandangan kepada makhluk dan menghapuskan kedudukan mereka dari dalam hati merekan dengan cara beramal dan mengikhlaskan niat, serta menutupi keadaan merupakan sesuatu yang bisa meninggikan darjat."

  • SELALU MENYERTAKAN PERASAAN BAHAWA MANUSIA TAK BERKUASA ATAS SYURGA DAN NERAKA.
apabila seorang hamba memahami jika yang dijadikan objek riak dipadang mahsyar akan berdiri bersama pelaku riak dalam keadaan takut dan telanjang. iya akan mengetahui bahawa mengarahkan niat kepada mereka adalah tindakan yang tidak pada tempatnya. mereka tak bisa meringankan diri sedikit pun dari kesulitan di padang mahsyar, bahkan keadaan mereka juga sama dengan dirinya yang mengalami kesempitan di padang mahsyar. oleh kerana itu, jika kita telah mengetahui hal ini, kita pun akan tahu bahawa mengikhlaskan amal tidak ditujukan kecuali untuk zat yang memiliki syurga dan neraka.

seoarang mukmin hendak meyakini, bahwa manusia tak berkuasa atas syurga, mereka juga tak memiliki kemampuan mengeluarkan kita dari neraka meskipun kita yang minta. bahkan, seandainya semua manusia sejak nabi adam hingga yang paling akhir bersatu padu dan berdiri di belakang anda mereka tetap takkan mampu memasukkan anda kedalam syurga, meskipun hanya selangkah saja. jadi, mengapa kita ingin dilihat oleh manusia sementara mereka tak berkuasa sedikitpun keatas kita???

jika anda menghiasi amal agar dipuji orang lain, kita tidak akan bisa mendapatkannya. namun, mereka justeru akan melakukan hal yang teruk, yakni akan mencela dan membongkar aib kita disisi mereka serta dalam hati mereka muncul kebencian terhadap diri kita. sabda RASULULLAH SAW: 
maksudnya: " barang siapa berbuat riya' ALLAH akan memperlihatkan aibnya."

akan tetapi, jika anda ikhlas kerana ALLAH, nescaya ALLAH akan mencintai anda dan manusia juga akan mencintai anda. maksud daripada kasih sayang ialah kecintaan....

  • INGATLAH BAHAWA ANDA KELAK SENDIRIAN DALAM KUBUR...
ibn qayyim berkata, " bersungguh-sungguh dalam mempersiapkan pertemuan dengan ALLAH dengan sesuatu yang bermanfaat bagi seorang hamba yang istiqamah. kerana siapa saja yang siap bertemu allah hatinya akan terputus dari dunia berserta apa yang ada di dalamnya dan tuntutan2 nya."....

TARBIYYAH HATI..... moga bermanfaat.




No comments:

Post a Comment

Silaturrahim.....

Mari bersilaturrahim......