Sunday 25 December 2011

KU TEMU CAHAYA ITU..... EPISOD 2

     Aku terjelupuk ke lantai.... aduhhhh, sakitnya badan aku.... orang yang kulanggar rupanya. suzie membantu aku untuk bangun dan aku membantu gadis itu sambil mengulang kata-kata maaf yang ntah berapa kali dah... aku bertentangan dengan gadis itu... gadis itu merenung ku dari atas sampai bawah. skirt gantung paras betis, t-shirt pun sama paras lengan, rambut mengurai ke pinggang. sungguh berbeza dengan dirinya. eh!!
    "Ulfa? kau kah ni? lamanya tak jumpa dengan kau..." Aku memeluk gadis itu mesra sama seperti dia membalas pelukanku... sahabat lama takkan ku lupa.
    "Annur... aku pun lama tak jumpa kau. dah besar dah kau sekarang ya.. Kak Lisa apa khabar?" persoalan gadis bertudung labuh itu membuatkan aku tersentak.
     "sihat je.... kak Lisa sekarang kat UMKL. kau datang dengan siapa kat sini? buat apa?" aku cuba menukar topik. Sally, Suzie dan Mazrie membatu disebelah ku... 
     "aku nak ke Al-Hikmah, cari buku sikit.. Umi Aisyah kat kedai sebelah sana tu beli barang untuk adik-adik." ulfa menundingkan jarinya ke arah kedai Rakyat. aku mula melihat kelibat umi Aisyah. rindu pula rasanya.
     "oh ya. ini kawan aku, Sally, Suzie dan Mazrie... lepas aku tukar sekolah dan berpisah dengan kau dulu mereka nilah yang jadi kawan aku.. ha korang, ni kawan baik aku Adryna Ulfatul Husna." ulfa bersalaman dengan Suzie dan Sally kecuali Mazrie, dia hanya tunduk.
     "marilah aku bawa kau jumpa Umi Aisyah. mesti dia rindu kat kau Annur. Jom, lepas kau jumpa umi baru aku pergi Al-Hikmah lagi." ulfa menarik tanganku menuju ke arah umi. aku tak dapat melepaskan diri. teman-temanku membuntuti ku dari belakang. malulah aku, dengan pakaian macam ni nak jumpa dengan umi. mesti dia kata lain nanti. sampai.
      "Annur..... Annur Maizura Akma.... lama tak jumpa Annur.. Umi Sya rindulah, kenapa lama sangat tak pergi teratak... adik-adik pun rindu kat Annur...." umi sya memelukku erat. aik? tak marah?
       "Umi Sya, Annur pun rindu kat Umi Sya... nanti ada masa Annur datang teratak ya umi. rindu juga kat adik-adik. dulu senang lah, kakak ada. sekarang ni su..." ayat ku terpotong dek sapaan seseorang yang membawa barang penuh di tangan.
        "Umi, dah bayar dah. Jom Balik, dah lewat dah...." orang itu melihatku lalu tersentak. aku turut terkejut.
        "umi, annur pamit dulu ya. dah janji dengan Mak Mah balik awal." aku mencium tangan umi Sya lalu menarik tangan Suzie dan Sally pergi. umi sya dan ulfa tergamam seketika. pemuda itu hanya tunduk membatu. pada mulanya dia ingin mengejar namun di tahan oleh umi sya. nasib baik.


         sampai di rumah aku terus kebilik. Mak Mah masuk lalu meletakkan segelas susu di meja belajar ku. dia tahu aku jenis yang tak makan malam. aku tak banyak berbual semasa dalam perjalanan pulang tadi. rakan-rakanku seolah-olah memahami. memang aku bahagia bila jumpa umi sya dan ulfa. tak dinafikan. tapi, aku memang tak suka bila jumpa manusia sorang tu. aku benci kat dia sangat-sangat. ah!! tak mau fikir lagilah! bila ingat saja pada wajahnya peristiwa tu bermain balik dalam kepala aku. jadi makin berat rasanya. Kak Lisa macamana dah sekarang ya? sihat kah dia. sudahlah! baik aku pergi mandi. baru ja nak gerak telefon bimbit ku berbunyi..tak da nama tertera. siapa pulak manusia ni??
         " ya, Maizura Akma di sini. boleh tahu siapa anda?" jawabku acuh tak acuh.
" assalamualaikum Annur. kamu apa khabar? sihat? Idris ni..." jawab orang itu.


           Allah!!! apa lagi dia nak daripada aku ni?? tak cukup lagi ka masalah yang dia buat kat keluarga aku. jangan ingat benda tu dah berlalu aku senang-senang nak lupa. Hey! ini Mai lah... mungkin kakak boleh berlembut tapi tak bagi aku!!!


                                                                                                                      bersambung.......
      

1 comment:

  1. buat sendiri ker ni?? atau sinopsis novel??..ke crita dri sebuah novel? kalau buat sendiri..hehe..tahniah erh!~

    ReplyDelete

Silaturrahim.....

Mari bersilaturrahim......